TAIPING: Demi memastikan persediaan menghadapi pilihanraya umum 14 berjaya melakar kemenangan segala aspek yang melibatkan kekuatan jentera sudah mula diaktifkan untuk berhadapan sebarangan kemungkinan.
Jentera IT mempunyai peranan tersendiri dalam menghadapi PRU kerana teknikal dan taktikal jentera bergantung sepenuhnya dengan kemampuan jentera IT maka PAS Perak telah mengambil langkah membina kekuatan penggerak IT melalui Jelajah Rangsangan IT PRU 14, di Markaz Tarbiyyah PAS Perak, di Air Kuning, Taiping, 20 Mei lalu.
Komitmen yang diberikan dengan kombinasi jentera Ulamak, Pemuda dan Muslimat membuktikan PAS Perak sudah bersedia mengembalikan semula kemenangan PAS di Negeri Perak.
Timbalan Pengarah JeRIT Negeri Perak, Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi berkata demikian dalam taklimat bersama jentera media baru .
“Penguasaan media baru perlu dikuasai dengan baik kerana sasaran pengundi dikalangan anak muda adalah antara pengguna tertinggi media baru.
“Penulisan yang baik dengan olahan bahasa mudah difahami akan menarik minat generasi muda mengenali PAS dengan lebih rapat lagi bahkan memastikan PAS menjadi pilihan mereka dalam PRU 14.
“Imej Islam perlu ditampilkan melalui program-program PAS melalui sebaran media agar masyarakat lebih terbuka melihat PAS bukan sekadar sebuah parti Islam bahkan merangkumi segala aspek keperluan masyarakat dan mampu memerintah negara,” ujarnya.
Beliau turut berkongsi tips penulisan berita dan laporan bagi memastikan segala aktiviri serta program-program peringkat kawasan dapat dipaparkan melalui medium sebaran rasmi parti seperti CPP, Harakahdaily dan Harakah Cetak.
Jelasnya, berita memainkan peranan utama bagi menyampaikan penerangan yang telus, sahih serta berkualiti bahkan bebas daripada unsur menjatuhkan mana-mana pihak sebaliknya bertujuan menarik minat pengundi kepada PAS.
{jathumbnail off}