MENJUNJUNG KASIH DI ATAS PERKENAN DYMM SULTAN SELANGOR
Adalah dengan hormat dan rendah diri kami menjunjung kasih di atas limpah perkenan DYMM Sultan Selangor agar kedudukan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Selangor dikekalkan sepertimana yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.
Kami yakin dengan limpah perkenan DYMM Sultan Selangor ini akan dapat menamatkan sebarang spekulasi negatif terhadap kedudukan EXCO-EXCO PAS.
Kami sebagai EXCO akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar dan dasar-dasar bersama Kerajaan Negeri demi kestabilan dan kepentingan rakyat Negeri Selangor. Kami juga mengucapkan terima kasih di atas keyakinan dan kepercayaan YAB Dato’ Menteri Besar terhadap kami.
Mandat rakyat yang telah diperolehi pada Pilihan Raya Ke-13 mesti dihormati. Janji-janji hendaklah ditunaikan. Seluruh tenaga hendaklah ditumpukan kepada usaha-usaha untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan membangunkan negeri.
Keharmonian yang wujud di kalangan rakyat Negeri Selangor hendaklah dipertahankan selaras dengan BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS) yang diamalkan oleh PAS.
YB DATO’ ISKANDAR A. SAMAD
YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
YB TUAN ZAIDY ABDUL TALIB
26 MEI 2017
{jathumbnail off}