PEMBATALAN PESTA ARAK
Better Beer Festival 2017
ADALAH TINDAKAN YANG TEPAT
Bismillahirahmanirrahim
Firman Allah (SWT) di dalam Surah Al-Maaidah, ayat 90 (yang bermaksud);
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
1. Pihak Dewan Muslimat PAS Selangor (DMPNS) menghulurkan sekalung penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL kerana mengambil keputusan yang tepat dengan tidak memberikan permit kepada penganjur Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini.
2. DMPNS yakin, tindakan ini adalah sangat wajar memandangkan pesta sebegini tidak sepatutnya diadakan di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam dan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan.
3. Arak adalah ibu kepada segala maksiat dan kejahatan. Ia menghilangkan kewarasan, malah, ia merupakan punca utama segala kemudaratan kepada masyarakat seluruhnya.
4. Maka sudah pasti pesta ini akan menatijahkan suatu siri kepincangan sosial. Rentetannya terlalu panjang untuk diterangkan. Di kala tahap moraliti kebanyakan masyarakat dan anak2 kita sudah cukup sakit ketika ini,memang sewajarnya aktiviti yang menyemarakkan lagi masalah sosial dielakkan.
Pihak DMPNS juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia yang peka dengan isu ini dan menyatakan bantahan dalam pelbagai lapangan media. Ini menjadi bukti bahawa seluruh rakyat Malaysia amnya menolak sebarang bentuk budaya liar dan sia-sia.
Allahuakbar!
#Sejahtera Bersama Islam
#Muslimat Memacu Kemenangan
#Pertegas Prinsip Perjuangan
Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt. Wan Hassan
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
20 September 2017 |
29 Zulhijjah 1438