Home Artikel PAS Selangor

Setiausaha AMK Dan Pemuda PAN : Ibarat Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong Sorong

808 views
SHARE

SETIAUSAHA AMK DAN PEMUDA PAN: IBARAT HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG

Tulisan ini adalah respon daripada kenyataan Setiausaha AMK Selangor dan Setiausaha Pemuda PAN Selangor. Iaitu baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan untuk bertanding 42 kerusi DUN dalam Pilihanraya Umum akan datang, maka dilihat makin ramai pula yang “meroyan dirasuk syaitan”. Apa yang hendak dikalutkan, 42 kerusi tersebut adalah untuk PRU akan datang. Mungkin lebih sehingga seluruh DUN Selangor iaitu 56 kerusi. Dah sememangnya PAS tidak ada apa2 hubungan lagi dengan PKR apatah lagi “parti cebisan” PAN. Kenapa risau kepada PAS untuk bertanding. Ke masih ada “kasih” dilubuk hati. Nak merisik semula, malu dan takutkan dituduh “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Nasib badan.

Isu keberadaan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, barangkali Setiausaha AMK Selangor bukan dari kem YAB Menteri Besar. Berkali2 YAB MB Dato Seri Mohamad Azmin Ali nyatakan bahawa kerajaan yang sedia ada adalah kerajaan dari mandat rakyat PRU 13. Sehingga ke hari ini Exco2 PAS dan semua penjawat kerajaan dari PAS setia kepada mandat rakyat dalam kerajaan negeri. Mereka berbakti dan berkhidmat kepada semua rakyat demi keharmonian yang ada dalam negeri Selangor. Tidak saya sangka senaif itu pemahaman Setiausaha AMK. Saya yang duduk diperingkat cawangan pun maklum. Kenapa teruk sangat standard Setiausaha AMK negeri. Malu la.

Yang lebih menggelikan hati iaitu yang turut respon adalah Setiausaha Pemuda PAN Selangor. Kenyataan pemuda PAN ini bagai “anjing menyalak bukit” saja. Tapi kalau tak respon, kesian pula. Dari dalam PAS sehingga keluar PAS, itu lah yang diwiridnya. PAS gabung dengan UMNO. Modal itu lah barangkali yang disuapkan oleh “TUAN”nya untuk memburukkan PAS. PAS dikaitkan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor dengan pertandingan 3 penjuru. PAS berkali2 mengulangi bahawa PAS akan bertanding di kerusi tradisi PAS untuk melawan juga musuh tradisi PAS sejak tahun 50 an lagi iaitu UMNO. Barangkali termasuk kerusi yang pernah dipinjamkan kepada “teman sepermainan” dahulu. Itu asasnya. Tak baca sejarah ke? Parti yang lain lahir selepas itu yang baru saja memusuhi UMNO BN.

Akhir sekali seikhlas hati, saya mohon mencadang kepada AMK ayuh bersama kita majukan negeri Selangor. Khidmat kita kepada rakyat masih terlalu sedikit. Tutup sedikit “kain” yang sengaja di selak untuk dilihat pertelingkahan kem yang ada dalam PKR. Sama2 berganding bahu bantu YAB Menteri Besar Dato Seri Mohamad Azmin Ali.

Kepada Pemuda PAN, saya juga mohon mencadang agar dapat membantu “SAINTIS” baru di Salor Kelantan yang membuat sumbu bagi mengurangkan penggunaan minyak petrol pada kenderaan. Saya difahamkan oleh teman2 di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu bahawa promosi sumbu Saintis tersebut masih terlalu kurang.

Mohon ampun jika ada terkasar bahasa, tersalah tutur kata.

Yang Ikhlas,

Muhammad Na’im bin Norizan
Ketua Pemuda PAS Cawangan Ampang Jaya
Dun Bukit Antarabangsa
Parlimen Ampang
Selangor Darul Ehsan
20 September 2017