Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | WINS : Sejahtera dan Berkebajikan

1362
SHARE

BANDAR TUN RAZAK, 20 Dis: Dasar utama Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang digagaskan PAS adalah membawa untuk rakyat dan negara agenda sejahtera dan berkebajikan.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menjelaskan, berkebajikan bermakna merentas semua aspek kehidupan dan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau menerangkan demikian pada program Sembang Santai Teh Tarik anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak di Alam Damai, Cheras, di sini.

“Bilamana kita menyebut WINS, inilah harapan kita daripada konsep negara Islam, kemudian WINS lebih menetapi dan lebih berstrategi dalam mengenali permasalahan negara, kemudian kita lakukan apa yang perlu untuk pemulihan masalah negara mengikut fasa-fasa yang telah disusun,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, setiap daripada ahli PAS perlulah menjadi pemudahcara rakyat kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan supaya mereka dapat menikmati hak dan bukannya mendapat simpati semata-mata.

Kata beliau, Malaysia yang majoritinya Melayu Islam patut dipimpin dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu di mana negara ini mempunyai prinsip Islam yang kuat.

Tegasnya, PAS bukan hendak mendabik dada mengaku mempunyai prinsip Islam yang kuat, tetapi hal itu termaktub dalam Perlembangaan PAS dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar utama perjuangan.

“Bilamana kita kembali kepada Islam, Allah akan memberikan seribu satu jalan untuk selamat,” ulasnya di akhir ucapan.