Home Berita PAS Selangor

Isu Tapak “Pelupusan Sampah Haram” Di Pandan Indah

2415
SHARE

Saya telah memaklumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya buat kali kedua tentang tapak “pelupusan sampah haram” di Pandan Indah pada 19 Disember lepas.

        

Ini berikutan kebakaran yang berlaku di tapak tersebut yang memerlukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk memadamkannya.

        

Tapak itu merupakan tapak Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di mana kontraktornya telah dilantik.

        

Tapak tersebut adalah di tengah-tengah pusat bandar Pandan Indah dan bersebelahan dengan Sekolah Rendah Agama Pandan Indah, Masjid Al-Azim, rumah-rumah kediaman dan pusat komersial.

        

Maka sudah tentu ia akan memberi kesan kepada orang ramai terutamanya pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Tikus-tikus yang membiak di tapak tersebut dan asap dari sampah yang terbakar akan memberi kesan buruk kepada mereka.

Saya yakin MPAJ akan memastikan tidak ada pihak yang akan membuang sampah lagi di tapak tersebut dan akan mengambil tidak ke atas mereka yang telah membuang sampah di situ.

Tambahan pula tapak tersebut adalah lebih kurang 200 meter dari pejabat MPAJ di Jalan Pandan Utama.

Saya juga menggesa orang ramai membantu agar MPAJ membuat penguatkuasaan dengan mencatit nombor-nombor plet kenderaan yang membuang sampah di situ.

Rakyat di Pandan Indah berharap MITS Pandan Indah dapat disiapkan menurut jadual dan mahu isu sampah ini diselesaikan segera.

YB Dato’ Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
21 Disember 2017