Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | 14 Tahfiz dan Sekolah Agama Terima 46 Unit Pemadam Api

1703
SHARE

Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS WP telah berjaya mengedarkan 46 Unit Pemadam Api kepada 14 buah tahfiz dan sekolah agama.

Keseluruhan pemadam api yang disumbangkan adalah hasil dari derma yang diberi oleh orang ramai. Pihak tahfiz dan sekolah agama yang menerima sumbangan pemadam api sangat berterima kasih di atas sumbangan yang diberi.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang memberikan sumbangan serta mengharapkan usaha kecil yang dilakukan ini mampu meningkatkan keselamatan di pusat tahfiz dan sekolah agama, serta dapat mengelakkan kebakaran besar daripada berlaku”, menurut Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS WP, Tuan Rone Faizal Isnin.

Senarai Tahfiz dan Sekolah Agama yang menerima sumbangan pemadam api adalah seperti berikut :

1- SRITI Putrajaya
2- Pusat Dakwah Serantau
3- Maahad Tahfiz Darul Fuqaha
4- Maahad Tahfiz Toyyibah
5- Maahad Tahfiz Darul Syahadah
6- Maahad Al Quran Lil Banat
7- Maahad Tahfiz Al Yamani
8- Maahad Tahfiz Darul Furqan
9- SRITI Wangsa Maju
10- SRITI WP
11- SRITI ABC
12- Maahad Tahfiz Darul Muhibbin
13- Maahad Tahfiz Sentral Ulama
14- Maahad Tahfiz Ummah Bestari