Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Al Quran Siri 20/2017

1290
SHARE

 

Tadabbur Al Quran
_Siri 20/2017_

*SURAH AL-KAHFI: MANUSIA, MAKHLUK YANG PALING BANYAK MEMBANTAH: 54-55*

*?Firman Allah SWT serta terjemahannya:*

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا (٥٤)

_Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah._

وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا (٥٥)

_Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia untuk beriman, ketika petunjuk sudah datang kepada mereka, dan untuk memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat-umat yang terdahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata._

? *Tafsir ringkas:*

1. Allah SWT menegaskan bahawa Al-Quran sering memberi keterangan-keterangan kepada manusia dengan berbagai-bagai cara dan segala jenis contoh perbandingan supaya manusia sentiasa berada di jalan yang benar dan tidak tergelincir ke jurang kesesatan.

2. Walaupun diberi peringatan berulang-ulang kali, manusia tetap menjadi makhluk Allah SWT yang paling suka membantah dan mempertikaikan perintah Allah, melainkan orang-orang yang diberi petunjuk.

3. Allah SWT menyatakan dalam ayat 55, perihal sifat segolongan manusia yang degil malah enggan menerima kebenaran dan beriman walaupun segala bukti sudah ditunjukkan kepada mereka.

4. Golongan yang degil dan engkar ini akan hanya beriman apabila Allah SWT mendatangkan azab yang pedih sebagaimana yang terjadi pada umat-umat terdahulu.

? *Pengajaran:*

1) Sentiasa berlapang dada dan bersedia untuk menerima peringatan atau nasihat yang baik yang diberikan kepada kita.

2) Usah kita menjadi hamba yang sombong dalam menerima keterangan-keterangan Al-Quran yang merupakan perintah daripada Allah SWT.

3) Kita mestilah selalu bersabar dan tidak putus asa dalam menyeru masyarakat kepada kebaikan dan mencegah mungkar. Sentiasalah melakukan dakwah secara berulang-ulang dan jangan berasa jemu.

4) Untuk menyeru manusia kepada Allah dalam situasi masyarakat yang semakin rencam dan diuliti pelbagai cabaran dan permasalahan hidup, para pejuang dan pendakwah hendaklah sentiasa menpertajamkan ilmu-ilmu berkaitan dakwah dan kemanusiaan serta kreatif mencipta pelbagai pendekatan.

5) Sentiasa beristighfar dan memohon ampun daripada Allah SWT, serta berusaha memperbaiki amalan diri. Contohi sunnah Nabi SAW yang sentiasa beristighfar setiap hari sekurang-kurangnya 70 hingga 100 kali secara konsisten.

6) Sentiasa bimbang dan berwaspada lalu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah-kisah azab yang terjadi kepada umat terdahulu, seperti kisah kaum ‘Ad.

*?Rujukan:*
Tafsir Ibn Kathir, Jilid 5

Disusun oleh:
*Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak*
_15 Disember 2017_ / _26 Rabiul ‘Awwal 1439_