Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Kem Sahsiah Guru PASTI Pahang

2352
SHARE

Kuantan – Pemeriksaan kawad dan perasmian penutup Kem Sahsiah Guru (KSG) PASTI Pahang 2017 jam 11.30 tengahari di Kempville Resort Kuantan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang lulus menjalani latihan kem dengan baik, juga kepada seluruh kepimpinan Pengurusan PASTI Pahang, anggota Jabatan Amal Pahang yang membantu, AJK Majlis Guru PASTI, pihak jurulatih kem dan semua urusetia yang bertungkus lumus menjayakan kem hingga akhirnya.

Semoga para guru akan dapat lebih meningkatkan kecemerlangan khidmat mereka di PASTI khasnya dan di medan perjuangan Islam berjamaah amnya. Generasi hari ini adalah pemimpin masa depan.

Ayuh bersama kita mencorakkan mereka dengan Islam!