Bandar Tun Razak, 9 Disember : Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak (DPPBTR) bersama beberapa lagi AJK Pemuda PAS Kawasan telah turun padang memberi sumbangan pakaian dan peralatan persekolahan kepada anak-anak asnaf yang memerlukan bantuan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula tahun hadapan.
Seramai empat orang anak kepada Encik Abdullah bin Rusli telah dipilih untuk menerima sumbangan ini. En. Abdullah kini menghadapi penyakit Hepatitis B dan kakinya terpaksa dipotong kerana penyakit tersebut. Beliau kini tidak lagi dapat bekerja atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Beliau dan kesemua anak-anaknya kini tinggal bersama kedua orang tuanya di Flat Cheras 4E dan hanya mengharap bantuan daripada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sedikit sumbangan wang dan beras turut disampaikan bagi meringankan beban keluarga mereka.
Pemuda PAS Bandar Tun Razak mendoakan mudah-mudahan anak-anak ini menjadi mata rantai perjuangan Islam satu masa nanti. Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Saudara Khairul Jefferi, Ketua Lajnah Kebajikan DPPBTR di talian 017-6144340.
#pemudapasbtr
#paspartiberkebajikan
#sejahterabersamaislam
#maramenujucita
#UP