Saya sayang institusi jamaah KUIZM, KIDU , KUDQI, MDQ dan lain-lain.
Saya berdoa agar institusi Terus teguh dan senantiasa melahirkan ulamak amilin. Kehebatan institusi ini kerana Tenaga pendidiknya terdiri dari mereka yang berilmu. Mereka boleh mendapat habuan yang lebih besar berbanding bekerja di Institusi jamaah. Tapi itulah ma’na pengorbanan bagi membina generasi.
Para Mahasiswanya juga hebat. Mereka sanggup berada di institusi tersebut walau tidak di iktiraf kerajaan. Mereka menongkah arus dalam realiti pendidikan tinggi yang mengejar pengiktirafan MQA dan lain-lain.
Teruskan adik-adik istiqomah dalam perjalanan menuntut ilmu, menjunjung Akhlak mulia dan berkorban. Kalian akan merasai kemanisan barakah ilmu bersulam amal.
Gabung jalin Ilmu, amal serta pengorbanan Tenaga Pendidik dan Mahasiswa menjadikannya barakah.
Taman Ilmu, Amal dan Tarbiyyah…
Saya mendoakan agar institusi ini terus utuh menongkah arus membawa keaslian manhaj Agama ini. Moga pendidik dan Mahasiswa terus diberikan kekuatan.
Ingatlah hanya Ikhlas menjadi benteng paling ampuh menghadapi tipu daya syaitan.
Ust Mohamed Sukry Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor
22 Rabiul Awwal 1429H