Home Kenyataan Media PAS Terengganu

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS TERENGGANU BANTAHAN TERHADAP DONALD TRUMP

1430
SHARE

1) Hari ini, dunia digemparkan dengan pengumuman yang bakal menjadi titik hitam dalam sejarah ummah islam. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menzahirkan kebencian beliau yang sesungguh-sungguhnya dengan mengisytiharkan Baitulmaqdis ibu negara Israel Laknatullah.

2) Seluruh umat Islam dunia percaya bahawa tindakan ini bakal mengundang kemarahan dan kebencian yang memuncak dalam kalangan masyarakat islam seluruh dunia terutamanya rakyat Palestin yang telah lama ditindas dan dizalimi oleh Israel.

3) Justeru, atas dasar kesatuan aqidah dan ummah seluruhnya, Dewan Pemuda PAS Terengganu turut menyatakan sokongan dan solidariti yang padu bersama-sama Dewan Pemuda PAS Malaysia, dalam melahirkan kemarahan umat islam bersama rakyat Malaysia dan segelintir rakyat Palestin yang akan turun bersolidariti dalam himpunan Bantahan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada hari esok, Jumaat, 7 Disember 2017 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur,sejurus selepas solat jumaat.

4) Dewan Pemuda PAS Terengganu juga mendesak pemimpin-pemimpin negara agar diadakan sidang Dewan Khas dalam Dewan Rakyat untuk mengutuk dan mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat yang jelas rasis dan kurang ajar!

5) Dewan Pemuda PAS Terengganu juga menyeru agar seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan khususnya umat Islam di Malaysia agar terus berdoa dan bersolidariti bersama umat islam diseluruh dunia demi kebebasan Baitul Maqdis yang kita cintai.

#awokkitebolehharap
#savegaza

Ramlan Hj Mahmood
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

18 Rabiuawal 1439H / 7 Disember 2017