Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Kewajipan Umat Islam Seluruh Dunia Mempertahankan Al-Quds

3787
SHARE

KENYATAAN MEDIA

DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

KEWAJIPAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MEMPERTAHANKAN AL-QUDS

Perisytiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump awal pagi tadi waktu Malaysia bahawa Al-Quds merupakan ibu negara Israel adalah suatu jenayah rampasan hak umat Islam terbesar. Dengan perisytiharan ini, sebenarnya Amerika Syarikat sengaja ingin memporak-perandakan tanah air Palestin dan memberi kuasa lebih meluas kepada Zionis.

Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah tanah suci yang tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman umat Islam. Semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab R.A beliau telah mengisytiharkan Baitul Maqdis yang melengkari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan Al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam. DUPP turut menyeru umat Islam untuk berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti ummah selepas solat Jumaat esok sebagaimana surat kerahan yang telah dikeluarkan oleh PAS Pusat.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Membina Negara Sejahtera”

 

USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

18 Rabiul Awal 1439 | 7 Disember 2017