Home Kenyataan Media PAS Pahang

Cadangan PPD Kuantan satu usaha dakwah yang harus dicontohi

953
SHARE

Cadangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan mewajibkan sekolah-sekolah dalam daerah Kuantan melaksanakan solat secara berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah adalah suatu didikan agama yang baik dan usaha dakwah yang harus dipuji.

Ini kerana, solat adalah tiang agama dan benteng bagi seorang muslim. Apatah lagi jika ia didirikan secara berjemaah. Terdapat banyak dalil syarak yang menggalakkan amalan tersebut. Maka, amat bertepatan jika amalan ini dipupuk sejak kecil agar menjadi budaya dan tabiat hidup masyarakat Islam.

Justeru, sangat menghairankan jika ada di kalangan orang yang mengaku Islam memandang serong terhadap niat murni ini, dalam masa yang sama mendedahkan kepada umum bagaimana sebenarnya pemikiran mereka terhadap Islam.

Pejabat Pendidikan Daerah-daerah lain juga sepatutnya mengambil langkah yang sama, sebagai satu usaha untuk melahirkan masyarakat yang taat kepada perintah Allah SWT.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

Nazri bin Ahmad
Pengerusi Lajnah Dakwah
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang