Home Berita PAS Pahang

DPPK Jerantut menganjurkan Khatan Perdana Peringkat Jerantut

1102
SHARE

JERANTUT – Program Khatan perdana 2017 ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerantut.

Khatan Perdana ini adalah program yang berkala di anjurkan pada cuti musim sekolah sebelum naik persekolah sesi baru. Kali ini adalah musim yang keempat.

Peserta yang bersama berkhatan pada kali ini adalah seramai 33 orang. Yang istimewanya kali ini adalah umur peserta yang paling muda adalah usia 5 tahun berbanding dengan sebelum ini.

Kami DPPK Jerantut syabas dan tahniah kepada peserta peserta kerana selamat memasuki alam dewasa.

Ketua Pemuda PAS Jerantut bergambar bersama peserta khatan perdana 2017

Peserta mendengar taklimat dan kata kata semangat daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Jerantut