PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1439 KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Sabda Rasulullah S.A.W:
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
Maksudnya: Semua umatku akan masuk Syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya; wahai Rasulullah siapakah gerangan yang enggan itu? Jawab Baginda; Sesiapa yang mentaatiku masuk Syurga dan sesiapa yang langgar seruanku, maka dialah yang enggan.
(Riwayat Imam Bukhari)
Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah kepada seluruh umatnya. Selain baginda seorang ahli ibadat yang tekun, suami yang bertanggungjawab, peniaga yang berjaya, baginda juga adalah seorang pemimpin tertinggi negara.
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama dan digeruni serta dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara semakin terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan Syariat yang dibawa oleh baginda.
PAS di Malaysia juga berusaha meneladani kepimpinan baginda SAW dalam semua sektor pentadbiran apabila diberi kejayaan mentadbir Kerajaan Persekutuan suatu hari nanti. Kehidupan harmoni antara masyarakat berbilang kaum juga akan diterapkan sebaik mungkin.
Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan selamat menyambut Maulid Al-Rasul 1439H, tegakkan sunnah baginda dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat. Semoga kita semua dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak dan ditempatkan bersama para Nabi, Shiddiqin dan Solehin.
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
“MEMBINA NEGARA SEJAHTERA”
USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
12 Rabiul Awal 1439H / 01 Disember 2017M