TITIWANGSA, 25 November 2017 – Seorang remaja merasa amat bertuah kerana mendapat kunjungan daripada Tim Syifa’ PAS Titiwangsa dan Lajnah Kebajikan PAS Titiwangsa di rumahnya.
Pesakit remaja tersebut ialah adik Mohd Firdaus bin Mohd Nazrul, 19 tahun yang menghidap kanser tulang dan penyakit paru-paru. Adik Firdaus masih dalam rawatan biasa berulang ke hospital seminggu 2 hingga 3 kali.
Adik Firdaus amat berbesar hati apabila didoakan dengan bacaan ruqyah dan ayat syifa’ oleh Ustaz Raihan Abdul Aziz, Ketua Penerangan PAS Titiwangsa serta Tim Syifa’.
Dalam kunjungan tersebut Tn Hj Khairul Anuar selaku YDP PAS Kawasan telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Lajnah Kebajikan PAS Titiwangsa mengalu-alukan bantuan kewangan atas nama ibunya, Haslinda binti Abdul Halim di akaun Bank Rakyat bernombor 22-051-528790-4. Sokongan emosi juga diperlukan daripada masyarakat setempat buat adik Mohd Firdaus bin Mohd Nazrul beralamat di Blok E4-1-08, Desa Pandan. Selain itu, bantuan makanan tambahan juga diperlukan untuk kegunaan 3 atau 4 hari iaitu susu jenama Abbott setin anggaran RM 80.
Semoga dengan kunjungan ini dapat membantu menenangkan adik Firdaus. PAS juga mengharapkan agar remaja-remaja menjaga pemakanan dan kesihatan mereka. Remaja adalah tonggak utama agama dan negara. Oleh sebab itulah, PAS Titiwangsa menitikberatkan kesejahteraan remaja untuk terus memastikan mereka hidup dalam keadaan sihat bersama keluarga tercinta.