Home Berita PAS Perak

Berita l Musim Ihtifal PASTI Mengimbau Sejarah Suka Duka

1608
SHARE

Oleh :  Ez

BUKIT GANTANG : Waktu akhir tahun adalah musim pihak pengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) mengadakan hari ‘Ihtifal’, yang sama lebih kurang dengan hari kecemerlangan dan penyampaian hadiah.

Pengerusi PASTI Kawasan Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Fitri Abdullah berkata, program ini bertujuan meraikan sebahagian besar kanak-kanak Pasti yang akan menginjak ke usia 7 tahun.

Menurutnya, ini merupakan anugerah yang diadakan dgn melibatkan 14 buah PASTI di dalam Kawasan Bukit Gantang yang bermula 17 November sehingga 24 November yang lalu.

Antara 14 buah PASTI tersebut adalah PASTI AL Mustaqim , Taman Kaya , PASTI AL Fitrah , Larut Tin , PASTI AL Azhar , Simpang , PASTI AL Jamiah , Matang , PASTI Nurul Hidayah , Batu 8 , PASTI Ar Rasyidin, Kampung Paya , PASTI Jannatul Firdaus , Sungai Petai , PASTI Nurul Ehsan , Changkat Ibol , PASTI AL Kauthar , Trong , PASTI ALAs Syuhada, Bukit Gantang , PASTI As-Syakirin , Sungai Tinggi , PASTI Nurul Jauhar , Batu Hampar , PASTI ANurul Haq, Taman Mewah dan PASTI AL Badar, Kuala Trong .

Kebanyakan majlis Ikhtifal Pasti ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan beberapa pimpinan PAS Bukit Gantang.

Muhammad Faisal dalam ucapannya semasa hadir dalam majlis konvokesyen PASTI tersebut berkata , beliau menceritakan sejarah penubuhan dan kelebihan pusat pra-sekolah yang dikelolakan oleh PAS itu.

“PASTI Bukit Gantang yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1989 dengan hanya 5 buah PASTI yang dikenali sebagai PASTI Al Badar mengambil nama sempena perang Badar mengambil silibus pengajaran daripada Taski ABIM.”

“Alhamdulillah sepanjang 28 tahun penubuhan PASTI di Bukit Gantang sebanyak 14 buah PASTI telah tertubuh dan mulai tahun 2018 , 2 lagi PASTI akan dibuka iaitu PASTI Air Kuning dan PASTI Kampung Air Puteh menjadikan 16 buah semuanya.”

“Kita menubuhkan Pasti untuk mendidik anak-anak kita supaya mengenal Islam apabila besar anak-anak tersebut Insya Allah akan memperjuangkan Islam,”katanya.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan terus menghantar anak-anak mereka ke Pasti,”jelasnya sebelum mengakhiri ucapan.