Oleh: Najah Izzati
KANGAR : Para pengundi sekitar DUN Sena dan Indera Kayangan disantuni menerusi Program Walkhunt Muslimat yang berlangsung pada 27 November yang lalu.
Walkhunt Muslimat pada kali ini dianjurkan dengan kerjasama PASTI Negeri Perlis, Majlis Tindakan DUN (MTD) Sena dan MTD Indera Kayangan.
Seramai 100 orang guru PASTI dan 20 orang penduduk tempatan telah terlibat bagi menjayakan program yang diadakan secara bersiri ini.
Sebanyak 78 buah rumah di DUN Indera Kayangan dan 65 buah rumah di DUN Sena telah diziarahi menerusi walkhunt kali ini.
Puan Maria Abu Hassan selaku Pengarah HALWA PAS Kawasan Kangar berkata, komitmen yang telah ditunjukkan oleh para peserta telah membantu menjayakan program kali ini.
Pihaknya turut merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan.