Home Berita PAS Selangor

PAS KLANG | “Mengamati Isu Umat Secara Big Picture”

1243
SHARE


MENGAMATI ISU UMAT SECARA ‘BIG PICTURE’.

Akibat terbawa-bawa dengan konflik sektarian mazhab yang diagendakan oleh musuh, menyebabkan seseorang itu memahami isu umat dengan penuh prejudis. Sungguhpun dia berada di lokasi kejadian, selagi doktrin Islamphobia menguasai mindanya, dia akan tetap menuruti susun atur skrip yang telah diplotkan oleh musuh.

Amat tajam terhadap kumpulan Islam, tetapi cukup damai dengan musuh Islam. Hanya memahami konflik yang menimpa umat sesempit perkelahian mazhab, akhirnya alpa dengan makar yang direncana oleh pakatan musuh.

Berapa banyak kejadian sejarah, membuktikan provokasi sektarian mazhab berjaya memerangkap umat agar berbunuhan sesama sendiri. Terperangkap dengan ‘mental block’ yang menyempitkan kewarasan berfikir dan menilai.

Sedarkah kita, selalunya pencandu-pencandu sektarian mazhab enggan memahami tragedi yang menimpa umat secara ‘big picture’. Golongan seperti ini cukup simplistik, kelihatan tidak berminat meneliti apakah yang sedang direncana oleh pakatan Amerika & Zionis.

Lidah mereka hanya mahu menikam-nikam kumpulan Islam, sekaligus mengiyakan dengan penuh haloba terhadap kempen Islamphobia tajaan Barat.

Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
27 November 2017.