Home Artikel PAS Perak

Sidang Dun Perak l Beri Peluang Kepada Huffaz Negeri Perak Berbakti

275 views
SHARE


Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH: Negeri Perak antara negeri yang melahirkan ramai lepasan tahfiz Al-Quran selayaknya berikan kepada mereka menjadi imam dan latih imam-iamam baru serta buka peluang berbakti untuk masyarakat.

Perak mampu menjadi contoh kepada negeri lain dalam pengurusan masjid jika segala bentuk pengurusan dapat diselaraskan dengan baik mengikut keperluan semasa dengan memperanankan huffaz sebaiknya.

Perkara tersebut dinyatakan Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon ekoran masih terdapat imam-imam masjid yang tidak mampu melaksanakan tugasan oleh kerana faktor komitmen dan masalah tertentu, 23 November lalu.

“Sebaiknya jika tidak berkemampuan melaksanakan tugas bahagian pengurusan masjid perlu memilih orang yang selayaknya kerana ini adalah amanah bahkan menerima elaun secara bulanan.

“Saya juga menyarankan agar segala bentuk pemberian elaun dimasukkan ke akaun peribadi sebaliknya kepada pihak pengurusan masjid agar ketelusan menjalankan tugas dan imbuhan yang diberikan setimpal.

“Hasil tinjauan saya di beberapa masjid sehingga kini masih ada dalam kalangan imam dan bilal tidak datang ke masjid sehingga azan tidak dilaungkan bahkan ada juga hanya datang pada hari tugasan semata-mata,” ujar beliau.

Radzi turut kesal dengan pihak pengurusan masjid yang tidak melaporkan tentang keadaan imam-imam dilantik sehingga terdapat di kalangan mereka tidak berkemampuan melaksanakan tugasan kerana faktor kesihatan.