Rezeki Dikongsi Rakyat Disantuni
BLANJA : Bantuan kebajikan barangan keperluan harian terus menjadi keutamaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit.
Tekanan sara hidup yang membelenggu kehidupan rakyat terus memenjara masyarakat kerana keculasan sistem pengurusan ekonomi negara sangat mencengkam kewangan rakyat.
Ketua Pemuda PAS Parit ,Ustaz Mohd Zahid bersama dengan AJK Pemuda Parit, Omar Syarif turun menyantuni penduduk setempat sambil mengagihkan sedikit keperluan harian seperti sekilo daging kambing bagi meringankan bebanan rakyat.
“Sumbangan ini tidak mampu menyelesaikan bebanan rakyat. Ia sekadar meringankan seketika beban yang sedia ditanggung.
“Selagi mana kerajaan yang memerintah tidak menggunakan sistem pentadbiran berdasarkan Islam, tekanan hidup akan meningkat dari masa ke semasa.
“Islam adalah solusi terbaik terhadap tekanan yang dihadapi rakyat kali ini. Menukar pemerintah tanpa menggantikan dengan sistem Islam yang adil dan efisien adalah satu perjuangan yang sia-sia,” ujarnya.
{jathumbnail off}