Home Artikel PAS Perak

Lapangan Hijau Bina Sinergi Anak Muda

253 views
SHARE

Lapangan Hijau Bina Sinergi Anak Muda


KAMPUNG GAJAH : Demi mengeratkan hubungan antara pemuda-pemuda PAS Kawasan Parit dan Pemuda PAS Pasir Salak, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung di Padang Balai Polis Kampung Gajah,sekitar jam 8 pagi tadi.

Turut hadir memeriahkan perlawanan itu Naib Ketua Pemuda PAS Perak yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit , Ustaz Zahid Abu Bakar bersama Ketua Pemuda PAS Pasir Salak, Ustaz Zafarul Azhan.

Suasana harmoni sepanjang perlawanan membuktikan jalinan ukhuwwah yang erat antara pemuda PAS dari dua kawasan tersebut diterjemahkan di lapangan hijau.

Tarikan pendekatan yang ditampilkan dengan menjadikan sukan sebagai jalinan bersama anak-anak muda memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa PAS terbuka dalam menyampaikan dakwah melalui pelbagai cara dan gaya tersendiri.

Perlawanan dimulakan dengan tazkirah dari Ustaz Zahid, Ketua Pemuda PAS Parit dan tazkirah penutup disampaikan oleh Ustaz Zafarul Azhan, Ketua Pemuda PAS Pasir Salak.

{jathumbnail off}