Home Berita PAS Pulau Pinang

Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang Anjur Hi-Tea Muslimat Muda

784
SHARE

PONGSU SERIBU, 20 Mei 2017 -Dewan Muslimat Pas Negeri Pulau Pinang (DMPNPP) telah menganjurkan sebuah program Hi-Tea Muslimat Muda bertempat di Dewan Seminar Markas Pas Pongsu Seribu. Hi-Tea Muslimat Muda ini menggabungkan ketiga-tiga sayap utama Dewan Muslimat Pulau Pinang iaitu Ameerah, Nusaibah dan Briged Muslimat. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara tiga sayap muslimat ini di bawah satu naungan iaitu DMPNPP. Selain itu, program ini juga untuk menjelaskan dan memahamkan  mengenai Muslimat Muda dan Unit Pengundi Muda (UPM) kepada ketiga-tiga sayap yang hadir.

Program ini disemarakkan lagi dengan ucapan oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang iaitu Ustazah Hasanah. Beliau berkata, “biar musuh gerun dengan kita kerana ibadah, akhlak, kesungguhan kita dalam menjalankan kerja kita dengan penuh tatatertib.”

Beliau juga menekankan untuk menjadualkan hari kita untuk membaca berapa helaian Al-Quran, berzikir dan berkata tentang perkara-perkara yang baik. Hal ini kerana ia merupakan elemen sufi dalam jemaah PAS.

Pesan Ustazah Hasanah lagi, “Kita sebagai ahli jemaah perlu sentiasa persiapkan perisai kita dengan ilmu. Jika kita memandang enteng dengan sunnah Rasulullah, sambil lewa dalam ibadah maka ia memberi peluang syaitan untuk menyesatkan dan menyelewengkn kita dalam kerja jemaah. Maka, timbulnya perasaan berasa hebat, bagus terhadap diri sendiri kerana berkemampuan melakukan pelbagai program sedangkn ia dilakukan secara bersama (berjemaah).”

Tanggungjawab muslimat besar dari rumah tangga sehingga  ke medan perjuangan. Jadilah isteri yang  solehah, ibu yang mukminah dan ahli masyarakat yang  sentiasa mengajak kepada kebaikan dan berjuang. Seperti kata Imam Al-Ghazali, Islah Nafsak Wad’u Ghairok. Ingatlah kalian adalah merupakan pemacu muslimat muda dalam PAS dan pelapis yg bakal menerajui Dewan Muslimat penuhi  diri dengan ilmu serta jagalah ikhtilat, kerana nafsu sentiasa mencari peluang.

Program yang diwarnai penuh semangat dan tarbiah itu bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir tepat jam 5.30 petang.

{jathumbnail off}