Oleh : Lea Baiduri
Nibong Tebal, 22 November 2017 – Meskipun banjir telah surut dan keadaan di sesetengah tempat telah pulih sepenuhnya namun misi bantuan dan ziarah bekas mangsa-mangsa banjir diteruskan lagi oleh PAS NT melalui usaha Dewan Muslimat di dua kawasan iaitu Kampung Kepala Gajah dan Taman Enggang yang melibatkan 20 buah rumah.
Ahli Jawatankuasa PAS Nibong Tebal, Ustaz Usman Al Marbawi berkata objektif ziarah susulan dan bantuan ini adalah bertujuan bagi meringankan bebanan dan menzahirkan sifat kasih sayang dikalangan PAS kepada mangsa banjir.
Menurut beliau lagi, misi bantuan hari ini dapat diselesaikan dengan lancar, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dan mengharapkan mereka mendapat bantuan setimpal secara berkala dari kerajaan negeri khususnya juga dari parti dan pertubuhan lain bagi meringankan beban mereka yang masih terpancar keperitan hasil dari kemusnahan harta benda akibat banjir.
Kebanyakan penduduk di situ melahirkan rasa amat kecewa dengan kerajaaan negeri dan parti lain yang hanya memberi bantuan secara ‘ad hoc’ dan tiada lawatan susulan seperti apa yang dilakukan oleh parti PAS yang sudah lebih 4 kali datang memberi bantuan.
Misi yang bermula jam 10.30 pagi dan berakhir 12.00 tengahari itu rata-rata mendapati penduduk di situ begitu senang dengan kehadiran PAS yang amat mengambil berat persoalan kebajikan dan kesusahan yang dialami rakyat tanpa ~kita~ mengira latarbelakang dan fahaman politik.