Home Berita PAS Perak

Seluruh Perak Hargai Kejayaan Pelajar PASTI

824
SHARE

Seluruh Perak Hargai kejayaan Pelajar PASTI

IPOH: Kejayaan anak-anak didikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) diraikan seluruh negeri Perak 19 November lalu dengan gemilang menjadi bukti PAS mampu menyediakan institusi pengajian kanak-kanak berteraskan Islam.

Antara kawasan yang menganjurkan Majlis Ihitifal dan Konvokesyen PASTI seperti Lumut, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Bukit Gantang, Taiping, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Gopeng dan Teluk Intan.

PASTI yang ditubuhkan dengan matlamat memberikan pendidikan Islam berdasarkan keperluan sehingga berjaya melahirkan tokoh-tokoh berkaliber sehingga ke peringkat tertinggi.

Menurut Pengarah PASTI Perak; Ustaz Azhari Muhammad berkata kepercayaan ibubapa untuk menghantar anak-anak ke PASTI membuat tenaga penggerak PASTI terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dari segi pengurusan serta sistem pembelajaran.

Berdasarkan rekod peningkatan kemajuan PASTI Perak sentiasa berada di tahap memuaskan sehingga menerima permintaan tinggi daripada masyarakat tempatan.

Mengulas berkaitan sambutan Majlis Konvokesyen PASTI yang berlangsung seluruh Perak beliau menyatakan penghargaan tersebut dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan guru-guru PASTI.

Jelasnya, kerjasama yang baik dari ibubapa juga menjadi satu pasukan terbaik bahkan kesungguhan mereka melihat kejayaan anak-anak dihargai sehingga ada dalam kalangan keluarga pelajar turut menyumbang bersama.

Beliau mengharapkan PASTI terus berjaya melahirkan anak-anak bangsa yang mampu membawa mesej Islam kepada masyarakat.