Home Berita PAS Pahang

MANGSA LEMAS DITEMUI, MISI SAR DITUTUP

1013
SHARE

Kuantan, 20 November – Mangsa lemas yang terjatuh ke dalam Sg. Kuantan pada Sabtu yang lepas telah ditemui hari ini. Mangsa lemas warganegara Indonesia ditemui berdekatan kawasan Tanjung Punai, berdekatan dengan tempat jatuh mangsa dalam keadaan timbul dipermukaan air setelah 3 hari dari hari kejadian oleh Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) yang turun bersama agensi kerajaan yang lain.

Misi Search & Rescue (SAR) dengan rasminya telah ditutup setelah diumum Pengarah Operasi SAR, Tuan Kenny dari IPD Kuantan.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi & anggota yang terlibat termasuk Jabatan Amal dan sempat memaklumkan persiapan bencana banjir yang mungkin akan melanda Kuantan.

Turut sertai misi hari ini seramai 13 orang anggota daripada JAMKK & wakil JAM Pahang.

Sekalung penghargaan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat seperti Polis, Bomba, APM, Maritim Kuantan dan terutamanya anggota JAM negeri & kawasan diatas kesungguhan dan kejayaan bersama bagi menjayakan misi SAR ini.