Home Berita PAS Wilayah

Majlis Konvokesyen PASTI Labuan 2017 disambut Meriah

959
SHARE

Ahad 12 November – Majlis Konvokesyen & Hari Kecemerlangan ke-6 PASTI Labuan telah diadakan di Dewan Kuliah 1 Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, AlFadhil Ustaz Mohd Farkhan Md Zain.
Seramai 70 orang pelajar2 dari 3 buah PASTI di Labuan terlibat dalam Konvokesyen pada kali ini.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menekankan kepentingan pendidikan Islam bersumberkan AlQuran dan hadis sebagai tunjang utama dalam pendidikan anak-anak. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kerana memberi kepercayaan kepada PASTI untuk mendidik anak-anak mengikut acuan Islam, dan mengucapkan selamat maju jaya kepada PASTI Labuan yang akan membuka dua buah PASTI baru lagi bagi menampung permintaan ibubapa di sini.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Tn Hj Hamir Zahari selaku Yang Dipertua Labuan, Sdr. Sabri Siji selaku Ketua Pemuda Labuan, Timbalan Pengarah PASTI WP Sdr Ahmad Ghazali Naamat, Setiausaha Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Azmer Syazwan Ahmad Suparmin dan Ketua Penerangan Pemuda WP, Sdr Mohd Shahir Abu Hassan.