Home Berita PAS Wilayah

Muslimat Muda Terus Persiap Diri Hadapi PRU-14

1016
SHARE

Kuala Lumpur, 11 November : Program “Saya dan Mikrofon” telah dianjurkan oleh Ameerah Wilayah Persekutuan (WP) khusus untuk muslimat muda mempersiapkan diri untuk menjadi ejen penerangan PAS agar boleh berceramah dan menyampaikan mesej PAS dan Islam dengan baik kepada masyarakat. Program yang disertai oleh hampir seluruh kawasan dalam Wilayah Persekutuan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS WP, Dr. Rosni Adam.

Program setengah hari ini mendapat respon yang sangat positif dan memberangsangkan daripada peserta yang hadir. Trainer yang dijemput merupakan jurulatih daripada Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.
         

Muslimat Muda PAS akan terus mempersiapkan diri dalam segala bidang untuk menaikkan nama PAS seterusnya memperkenalkan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya para pengundi dalam parlimen Wilayah Persekutuan.