Lembah Pantai, Sabtu 11 November 2017: Satu bengkel penulisan anjuran Unit Penerangan JPRK Lembah Pantai telah diadakan bertempat di Surau Al Falah, Pantai Central Park, Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi.
Bengkel penulisan ini turut dihadiri oleh Hj Khuzaini merupakan Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan seterusnya merasmikan program tersebut.
Bengkel tersebut disampaikan oleh Haji Azemi selaku moderator pada kali ini. Seramai 15 orang peserta mengambil bahagian dalam bengkel ini terdiri daripada anggota JPrK termasuk pemuda dan muslimat.
Program ini khusus untuk melatih petugas-petugas unit penerangan PAS LP bagi menyaluran berita dan maklumat kepada orang ramai melalui media massa seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya.