Home Berita PAS Perlis

95 Guru Pelatih Hadiri Kursus Semester 6 DPAK

987
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

KANGAR: Sebanyak 95 orang guru pelatih dari negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah menyertai Kursus Semester 6 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) Zon Utara yang diadakan pada 31 Ogos hingga 1 September yang lalu.

Pelbagai slot telah dijalankan sepanjang kursus tersebut berlangsung, antaranya adalah sesi ceramah, kuliah, bengkel, latihan kawad kaki dan latihan asas bela diri.

Kursus anjuran Institut Perguruan PASTI Malaysia (IPPM) itu diadakan di The Zuley Heritage Hotel, Kuala Perlis.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Setiausaha BPPNPs, Haji Baharuddin Ahmad hadir merasmikan penutupan kursus berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan guru-guru PASTI menambah ilmu serta kemahiran mengajar supaya lebih banyak ilmu dan kemahiran dapat disampaikan kepada anak-anak PASTI dengan cara yang lebih berkesan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah mengorbankan masa cuti mereka demi menyempurnakan segala aktiviti dan tugasan sepanjang kursus berlangsung.