Home Berita PAS Sabah

Briged Muslimat Sabah anjur Training of Trainer (ToT) latih anggota lebih berkemahiran.

906
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
5 September 2019

SANDAKAN : Briged Muslimat Negeri Sabah (BMNS) telah mengadakan program Training of Trainer (TOT) pada 1 dan 2 September lalu di PASTI Zaid Harithah, dekat sini.

Program yang disertai oleh peserta dari Putatan, Papar, Keningau, Tawau, Silam, Kinabatangan, Semporna, Sandakan dan Sepanggar seramai hampir 50 orang itu bertujuan melatih kemahiran dalam Briged Muslimat.

Antara pengisian menarik sepanjang program ialah slot taekwondo, pemeriksaan kenderaan, kawad dan sebagainya yang dikendalikan oleh Jurulatih Briged Muslimat Malaysia, Zulkifli Muhyiddin serta beberapa orang jurulatih lain.

Sementara itu, Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu yang didahului oleh pemeriksaan barisan.

Selain itu, sehari sebelum program iaitu pada 31 Ogos telah diadakan ‘Hiking Merdeka’ sempena Hari Kebangsaan di Bukit Mawar, Batu 5, Sandakan.

Penyertaan aktiviti ini turut dibuka kepada peserta luar sebagai menarik golongan wanita kearah cara hidup sihat dan aktif.