Home Berita PAS Terengganu

72 Tahun jangka hayat rakyat Terengganu

48
SHARE

KUALA TERENGGANU – Dapatan Bancian 2020 melalui Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan Terengganu menuju ke arah negeri menua dengan jangka hayat purata berumur 72 tahun.

Ketua Perangkawan, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penemuan pembancian itu menunjukkan beberapa  Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daerah melebihi paras negara iaitu tujuh peratus.

“Di negeri Terengganu ni keseluruhannya masih lagi belum kepada negeri menua tapi sesetengah daerah dan DUN.

“Dari segi kawasan yang mempunyai penduduk tua paling tinggi adalah di Hulu Terengganu sebanyak 7.8 peratus, melebihi negara dalam 7 peratus secara purata.

“Kalau mengikut DUN, kita dapati Telemong mencapai 9.7 peratus dan antara yang juga tinggi di Ladang (8.5 peratus) serta Bandar (8.3 peratus),” katanya dalam sidang media dalam Siri Jelajah Parlimen Dan DUN: Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja.

Dr Mohd Uzir turut berkata, kadar penuaan tersebut memerlukan fasiliti dan kemudahan yang mesra warga tua terutamanya berkaitan kesihatan.

Pada masa yang sama, sumbangan mereka kepada ekonomi negeri serta negara dijangka berkurang dengan corak pemakanan dan perbelanjaan yang sedkit berbeza dengan golongan muda.