Home Berita PAS Terengganu

600 Pelajar PASTI teruja sertai simulasi haji

10
SHARE

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Sejumlah 600 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan MARANG teruja dan bersemangat dapat menyertai Program Simulasi Haji yang julung kali diadakan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi yang merasmikan program tersebut melahirkan rasa terharu melihat semangat peserta-peserta cilik yang hadir.

“Saya yakin bukan anak-anak sahaja gembira, ibu bapa pun gembira”, katanya.

Beliau telah merasmikan majlis penutup yang berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila pada 16 September lalu.

Menurutnya, besar harapan penganjur simulasi tersebut dapat membekas di hati mereka tentang rukun Islam yang kelima ini.

“Walaupun PASTI ini kita lihat, banyak serangannya tapi matlamat sebenar PASTI ingin mendedahkan masyarakat dari kecil untuk mengamalkan perkara yang disuruh Allah,” terangnya kepada para peserta, ibu bapa dan guru-guru yang turut menjadi mutawwifah kepada anak-anak murid masing-masing.