Home Berita PAS Perlis

60 penduduk terima bakul makanan PN

93
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 25 Julai: Seramai 60 orang penduduk dalam DUN Guar Sanji telah menerima sumbangan bakul makanan hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan telah dibuat di Markas PAS Semut Gatal, dekat sini.

Ketua Badan Perhubungan PN Kawasan Arau Ruselle Eizan hadir menyampaikan sumbangan berkenaan.

Turut sama hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim, Pengarah JPRD Guar Sanji Ustaz Fuad Hashim serta kepimpinan PAS dan BERSATU Kawasan Arau.

Ruselle yang dihubungi selepas majlis berkenaan berkata, keputusan kerajaan menambahbaik dan meneruskan program bakul makanan menjadi bukti keperihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat khasnya ketika pelaksanaan PKP.

“Keputusan berkenaan amat bertepatan dengan janji kerajaan memfokuskan kepada tiga fokus utama menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan serta meningkatkan vaksinasi dalam kalangan rakyat,” katanya.