Home Berita PAS Terengganu

500 bakul makanan PEMULIH dari parlimen Marang diagihkan di Bukit Payung

20
SHARE

MARANG, 12 Julai : Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Marang hari ini telah berjaya menghantar dan mengagihkan sebanyak 500 pek bungkusan makanan ke DUN Bukit Payong, membabitkan sebanyak 25 buah JPKK. Setiap JPKK menerima 20 bungkus.

Bantuan ini adalah bantuan program sumbangan bakul makanan Prihatin Dapur Rakyat (PEMULIH) Parlimen Marang yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin.

Wakil kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang iaitu Pegawai Khas Cikgu Haron Yusof bersama ADUN Bukit Payong ,YB Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi mengagihkan bakul makanan kepada pihak JPKK sebentar tadi.

Moga-moga program ini dapat memberi manfaat dan akan sampai kepada penama-penama penerima yang telah ditetapkan.