Home Berita PAS Pahang

50 pesakit wanita UIA disantuni Helwa Care Kuantan

57
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 3 Apr – Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita Kuantan (Helwa Care) menyantuni seramai 50 orang pesakit wanita di Hospital UIA di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Helwa Care Kuantan Salwani Saleh, aktiviti ini adalah aktiviti tahunan yang telah diadakan tiga tahun berturut-turut.

“Program Di Ambang Syawal diadakan bagi mengingati pesakit untuk menyambut Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

“Semoga dengan sumbangan kuih raya ini dapat menggembirakan hati mereka yang ditimpa musibah dan menambah keceriaan bagi ibu-ibu muda yang baru melahirkan zuriat,” ujar beliau lagi.

Beliau juga sangat menghargai dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak hospital sepanjang aktiviti dijalankan di wad-wad yang terpilih.

“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang-penyumbang Helwa Care Kuantan sehingga aktiviti ini dapat dilaksanakan pada hari ini dan Insya-Allah untuk di masa akan datang.