Oleh : Bintu Lutfi
KUALA NERUS – Seramai 50 orang penduduk Taman Perumahan Gong Badak menerima agihan fasa pertama Bantuan Ekonomi Rakyat 3.0 (Berkat 3.0) di Balairaya Taman Perumahan Gong Badak hari ini.
Penerima bantuan kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berada dalam golongan B40 dan ibu tunggal yang terjejas pendapatan ekoran perintah ‘lockdown’ yang baru dilaksanakan baru-baru ini.
Penduduk yang terpilih pada fasa pertama ini menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, teh dan pelbagai lagi.
Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah para penerima saat diberikan sumbangan tersebut.
“InsyaAllah, pihak kami akan berusaha untuk membantu meringankan beban golong terjejas dalam masyarakat terutamanya penduduk taman ini sebaik mungkin dengan kadar segera”, kata Pengerusi JPKK Taman Perumahan Gong Badak, Tuan Haji Mohd Sidek bin Abdullah.
Beliau turut berkata “Usaha kita mestilah bersama bekerjasama memutuskan rangkaian Covid-19 ini. Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT melindungi semua lapisan masyarakat kita”.