Home Berita PAS Pahang

5 sekeluarga ahli PAS terbunuh kemalangan jalan raya di Chenor

2400
SHARE

5 sekeluarga ahli PAS terbunuh kemalangan jalan raya di Chenor

Oleh ARIS HAZLAN ISMAIL

Semoga Allah merahmati keluarga  yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM101 Kg Semat (Bt 13) Chenor pada jam 2.30 petang semalam.

 

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Myvi,  Ustazah Norsuraya Binti Mohd Noor (30 tahun)  dari Jengka 6 dan suaminya Musa Bin Abdullah (31). Musa adalah aktivis PAS Jengka 4.

 

Bapa Suraya,  Mohd Noor Bin Che Mat (78) ahli PAS Jengka 6, ibunya Hashimah Binti Ismail (66)  dan anaknya Muhammad Zulkarnain Bin Musa (3) turut kembali ke rahmatillah.

 

Seorang lagi anaknya,  Nur Quraitun Ain Binti Musa (5) cedera parah dan kini berada di Zon Merah Hospital Temerloh.

 

Kesemua yang terbunuh dikebumikan malam ini di Jengka 6 kecuali Hashimah Ismail yg dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Lancang.

 

Pemandu Proton Iswara,  Mohd Yuszi Bin Yusof (46 tahun) aktivis PAS Kg Awah dan pemandu Hilux Tan Cheng Keot (52 tahun)  terselamat walaupun kenderaan mereka rosak teruk.

 

Agak menyedihkan,  adik Nur Quraitun Ain yang baru berusia 5 tahun kehilangan ibu,  ayah,  adik,  datuk dan neneknya sekali gus.  Beliau kini sebatang kara.

 

Semoga Allah merahmati semua yang terkorban dan memudahkan segala urusan mereka yang masih hidup.

 

Sementara itu, difahamkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Kepong Lanchang.