Home Berita PAS Terengganu

400 Polis kawal Perlawanan Terengganu Selangor

56
SHARE

KUALA TERENGGANU- Seramai 400 pegawai dan anggota Polis dikerah bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, pemeriksaan badan dan beg akan dilakukan bagi memastikan penonton tidak membawa barang terlarang seperti mercun, bunga api, suar, mancis, pemetik api dan sebarang objek tajam termasuk pisau, payung serta besi.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menimbulkan kekacauan dengan mengadakan perhimpunan atau perarakan sebelum atau selepas perlawanan.

“Sebarang provokasi akan dikenakan tindakan tegas sekiranya ditangkap,” ujarnya dalam suatu kenyataan.

Jelasya lagi, bagi memastikan perlawanan berjalan lancar pihaknya akan turut mengawal aliran trafik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di sekitar stadium.

“Penonton diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama SSMZA,” ujarnya lagi.