Home Berita PAS Selangor

40 keluarga telah terima sumbangan di Klang – PAS Kawasan Klang

23
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | PAS Kawasan Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada hari ini meneruskan kerja-kerja kebajikan dalam memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Klang.

Kerja-kerja pengumpulan barang yang dijadualkan bermula awal pagi tergendala seketika sehingga ke tengahari kerana barangan yang lewat tiba di pusat pengumpulan di SRITI Al Hawariyyun, Pelabuhan Klang. Dengan bantuan sukarelawan NGO dan anggota Jabatan Amal mempercepatkan kerja-kerja pengasingan barangan yang hendak diedarkan.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Nayan yang juga Penyelaras Khidmat Malaysia (Klang) yang mengetuai program pada hari ini berterima kasih dan memuji para sukarelawan dan anggota Jabatan Amal kerana bertindak cekap dan pantas.

Sukarelawan Khidmat Malaysia (Klang) mula bergerak ke Bandar Baru Klang terlebih dahulu, di sana terdapat 6 keluarga diberi sumbangan. Di Pandamaran pula, hampir 15 keluarga dibantu dengan bantuan bekalan keperluan harian.

Salah seorang penerima sumbangan mengalirkan air mata dan gembira dengan program seperti ini. Dia juga berterima kasih kepada ‘orang PAS’ yang turut membantu ayahnya yang lumpuh sebelah badan ketika ayahnya masih hidup. Dia memaklumkan juga yang ayahnya telah meninggal dunia lebih kurang sebulan yang lalu kerana positif Covid-19.

Setelah itu, sukarelawan Khidmat Malaysia (Klang) bergerak ke Kampung Pendamar sekitar Pelabuhan Klang dan menyerahkan bantuan kepada 19 keluarga. Program pada hari ni selesai sekitar 6.30 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor