Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar
Oleh : Umar Al-Hayawi
AMPANG, 24 Ogos – Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau KHIDMAT Malaysia pada asalnya merupakan badan pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia.
Namun KHIDMAT Malaysia cepat beradaptasi dengan peredaran masa, gerak kerja mereka kini bukan hanya terbatas pada misi bantuan bencana alam malah merangkumi misi bantuan kepada masyarakat yang berada dalam kesusahan, juga para frontliners di hospital.
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ust Noor Najhan Salleh bersama Tuan Rushdan Rusmi, Bendahari KMNS serta Dr Ainul wakil PAPISMA telah turun menyampaikan sumbangan “Syringe Pump” sebanyak empat unit kepada Hospital Ampang.
“4 unit “Syringe Pump” tesebut bernilai sekitar RM 16 ribu”, kata Ust Noor Najhan Salleh.
Terima kasih tidak terhingga di atas keprihatinan orang ramai dalam membantu para frontliners negara menjalankan tugas mereka. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan mereka memikul amanah negara membawa kemenangan melawan pandemik COVID-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor