Home Berita PAS Perlis

304 Graduan Terima Diploma Sidang Satu Konvokesyen PASTI

1691
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

SHAH ALAM : Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Kali Ke-11 yang bermula semalam menyaksikan seramai 304 orang graduan telah menerima diploma masing-masing.

Mereka terdiri daripada guru-guru PASTI dari dua buah negeri iaitu Terengganu dan Kedah yang telah disenaraikan dalam sidang satu konvokesyen berkenaan.

Mereka merupakan graduan ambilan kedua yang berjaya menamatkan pengajian selama tujuh semester dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menggantikan program Sijil Perguruan PASTI sebelum ini.

Majlis perasmian sidang pertama yang berlangsung di Hotel De Palma, dekat sini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Hj Khairil Nizam Khirudin.

Hadir sama, Ketua Sektor Pendidikan DPPM Mukhtar Suhaili, Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi serta seluruh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para guru PASTI agar sentiasa mempersiap diri bagi mendepani cabaran baru selain mengemaskini ilmu dan kemahiran yang ada agar profesyen guru PASTI terus relevan sepanjang masa.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan syabas kepada PASTI atas kejayaan cemerlang menghasilkan produk yang bermutu tinggi (pelajar lulusan PASTI) yang mencatatkan prestasi membanggakan apabila mereka menyambung pengajian di peringkat sekolah rendah di seluruh negara.