Home Berita PAS Perak

300 masyarakat india DUN Selama terima bantuan kotak makanan

217
SHARE
SELAMA, 31 Okt — Sebanyak 300 Bakul Makanan Prihatin diedarkan kepada masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama sempena Perayaan Deepavali yang akan disambut 4 November ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sumbangan tersebut sebagai persiapan masyarakat India bagi menyambut Pesta Cahaya itu.
“Alhamdulillah, kerajaan telah membenarkan rentas negeri dan untuk Deepavali tahun ini rakyat boleh pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga.
“Walaupun sumbangan berbentuk bantuan barangan dapur, insyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu dalam persiapan sambutan.” Katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Bakul Makanan Prihatin kepada masyarakat India di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Selama, DSP Mohd Sabri Saad.
Sementara itu bagi Masyarakat India Selama, Veni a/p Thanimalai sambutan tahun ini meriah berbanding tahun lalu berikutan kebenaran rentas negeri dan kunjungan tetamu.
“Tahun ini seronok sikit, esok malam keluarga mula balik, setakat ni persiapan dah mula buat, syukur la dapat bantuan ni terima kasih banyak-banyak ingat juga kepada kami,” katanya.
Bagi Araye a/p Subramaniam pula, walaupun kebenaran telah diberikan namun prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan perlu sentiasa dipatuhi bagi mengelak penularan COVID-19.
“Sambutan tahun ini baik dulu susah sikit tapi tahun ni keluarga boleh datang tapi ikut arahan kerajaan 20 tetamu dalam satu-satu masa dari keluarga terdekat.” Jelasnya.
Bagi SOP sambutan Deepavali, hanya individu lengkap divaksin dibenarkan ke kuil dan terlibat dalam aktiviti keagamaan dan berbeza mengikut fasa Plan Pemulihan Negara (PPN) setiap negeri.
Bagi Negeri Perak, aktiviti keagaaman dan kehadiran di kuil hanya untuk individu lengkap vaksin mengikut kapasiti premis selain mengambil kira penjarakan fizikal dan kunjungan tetamu ke rumah hanya dibenarkan untuk individu lengkap vaksin tidak melebihi 20 tetamu dalam satu masa.