Home Rencana PAS Selangor

Selamat kembali ke sesi persekolahan – Ketua DMPN Selangor

32
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text that says "Dewa Muslimat SNegeri elangor Dewan Muslimat EEA MEDIABARE 1 november 2021 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DARIPADA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR Sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian COVID-19"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka kepada murid sekolah rendah dan menengah secara bergilir iaitu pada tarikh 1 November 2021 bagi negeri-negeri yang memasuki peralihan fasa keempat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), termasuklah Selangor.

Kelonggaran yang diberikan ini haruslah dipandang serius oleh semua murid termasuklah ibu bapa dan warga pendidik agar semua pihak dapat menjaga SOP yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan yang disediakan oleh sekolah masing-masing. Biasakan dengan amalan norma baharu dalam menjalani urusan kehidupan samada di sekolah atau di luar rumah.

Semoga dengan pembukaan sesi persekolahan ini, dapatlah anak-anak belajar dengan lebih selesa dan kondusif di sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian sebelum ini.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat murid sekolah dan selamat bertugas buat semua guru yang mula memulakan sesi persekolahan pada hari ini. Semoga Allah Swt permudahkan urusan kita semua. Siiru ‘ala Barakatillah.

“Islam Teras Perpaduan Ummah”

1 November 2021 | 25 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor