Home Berita PAS Pahang

30 mangsa banjir Rantau Panjang terima sumbangan Projek BERKAT

27
SHARE

Oleh : Amalina Nordin

Rantau Panjang, 16 Dis : – Skuad Prihatin, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah memberi sumbangan beras melalui Projek beras untuk Rakyat (BERKAT) kepada 30 mangsa banjir di Kelantan, di sini semalam.

Projek BERKAT ini merupakan inisiatif Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) untuk membantu mereka yang memerlukan disamping meringankan segala beban yang dihadapi.

Rombongan ini diketuai oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff, bersama Sekteriatnya.

Dalam kunjungan tersebut, beliau mendoakan semoga penduduk Rantau Panjang yang terlibat dengan banjir itu akan kuat dan tabah menghadapi ujian ini.

Dalam pada itu, Siti Zailah juga mengucapakan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas sumbangan beras yang diberikan untuk membantu mangsa- mangsa banjir berkenaan.

Skuad Prihatin mengalu-alukan orang ramai agar terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 atas nama Parti Islam Se-Malaysia.