Home Artikel PAS Pahang

30 Jabatan Amal Rompin Derma Darah

267
SHARE

Hari ini 30 dari Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin telah hadir ke Asrama Jururawat Hospital Muadzam Shah bagi menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia membantu pihak hospital.

Ketua Pemuda PAS kawasan Rompin, Ustaz Hasbullah Ismail berkata hari ini seramai 30 orang dari ahli ahli PAS datang untuk menderma darah. Insya Allah esok akan ada lagi penambahan.

Program derma darah ini dianjurkan lebih seminggu yang lalu sebagai bantuan dari pihak pemuda PAS kepada pasukan pihak kesihatan di hospital yang memerlukan darah.

Terima kasih buat semua yang telah hadir, semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.