Home Berita PAS Perak

PAS Lumut, prihatin mangsa kebakaran

175
SHARE

Oleh: ROSLINA NOR

LUMUT, 18 Mei : PAS Kawasan Lumut telah menziarahi seorang guru berkhidmat Sekolah Rendah ACS Sitiawan, Zulkefli Zainal Abidin yang rumahnya hangus terbakar dijilat api, di sini petang semalam.

Beliau yang juga seorang Ketua Keselamatan Masjid Hj. Isa Batu 7, Lekir berkata, ” kebakaran ini disedari adiknya sekitar 7 petang yang ternampak kepulan asap tebal dari ruang belakang dan api marak dengan cepat sehingga memusnahkan rumah pusaka berusia 45 tahun itu.

Menurut salah seorang saksi, Yusnizam Yunus walaupun usaha menyelamatkan barang tidak berjaya namun beliau bersyukur kerana dapat menyelamatkan isteri Cikgu Zul yang sedang tidur di dalam bilik dengan memecahkan pintu bilik tersebut.

Pihak Bomba dan Penyelamat Manjung tidak dapat menyelamatkan barangan berharga berikutan cuaca kemarau dan api marak dengan kuat ketika tiba di tempat kejadian.

Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abdul Rahman telah hadir menyatakan rasa simpati musibah yang berlaku.

Beliau menitipkan kata-kata perangsang serta menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.

Turut hadir ziarah tersebut, Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS, Rohawati Abidin dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Zaharah Husin.