Home Berita PAS Sabah

Tetapkan hala tuju dan objektif, ‘Perform’ sebaik mungkin, dukung jawatan sepenuh jiwa

208
SHARE

Oleh : Anna Tan.                                                        4 Disember 2021

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) yang terpilih menerajui saff kepimpinan bagi sesi 2021-2023 hendaklah menetapkan hala tuju dan objektif taklifan yang diberikan dan hendaklah ‘Perform’ sebaik mungkin dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dan perlulah mendukung jawatan yang diamanahkan dengan sepenuh jiwa.

Timbalan Pesuruhjaya III, PAS Sabah, Haji Ramli Pataruddin berkata jawatan yang disandang adalah amanah daripada Allah SWT dan hendaklah melaksanakannya dengan sebaik-baiknya dan menjadikan ayat 27 surah Al-Anfal sebagai peringatan

” يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَخُوْنُوا اللّٰهَ وَالرَّسُوْلَ وَتَخُوْنُوْٓا اَمٰنٰتِكُمْوَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ “

” Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui “. Al-Anfal:27

” Walaupun yang dilihat manusia atau sahabat kita yang memilih namun sebenarnya ia adalah pilihan daripada Allah SWT dan Allahlah yang telah mengerakkan hati-hati mereka untuk memilih kita.

“Dalam masa yang sama hendaklah  mempunyai dengan sifat khauf (takut ) dan raja’ ( berharap ).

” Selain itu, dalam organisasi perlunya tanzim berstruktur dan perancangan gerak kerja yang teliti, mudah-mudahan Allah memberikan hidayah agar kita dapat perform, agar kita dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya” Kata Ramli semasa memberi ucapan pada Majlis Watikah Perlantikan AJK DMPN Sabah yang diadakan secara atas talian, pagi tadi.

Ketua Muslimat Sabah, Norsah Bongsu, dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan  tahniah  atas komitmen yang diberikan oleh AJK yang terpilih dan beliau mengingatkan agar setiap pimpinan hendaklah menjauhi dosa besar dan dosa kecil agar sentiasa terpelihara daripada perkara-perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT.

Seramai 26 Ahli Jawatankuasa dan 14 Dewan Muslimat Kawasan yang berdaftar telah menerima Watikah Perlantikan tadi dan perlantikan disusuli dengan bacaan baiah yang dipimpin oleh Naib Ketua Muslimat, Ustazah Sofia Salin.